Wednesday, March 14, 2012

KUNJUNGI KAMI PADA PAMERAH HARI KRAF KEBANGSAAN 2012
BERMULA 21 MARCH 2012 SEHINGGA 02 APRIL 2012,
PELBAGAI BARANGAN MENARIK AKAN KAMI BAWA..

Monday, January 30, 2012

Friday, January 13, 2012

Wednesday, January 11, 2012

Anjung Kemuning





Projek Pemasangan Anjung ini di pasang selama 5 hari,di Chini 3
Pahang. Tiang yang di gunakan bersaiz 8'' x 8''. Bersaiz 18' x 24' berharga Rm 42,000.00.

Gazebo 9' x 7'



Gazebo ini bersaiz 9' x 7' dijual pada harga Rm 14,500.00. Tiangnya daripada kayu Chengal bersaiz 5'' x 5'' dan lantainya daripada Merawan, juga dilengkapi ndengan accessories seperti :-
Sesiku Keluang, Tangga, Papan Pemanis dan Pagar ( L Shape ).

Hubungi kami untuk tempahan dan maklumat lanjut :

013-9188786 ( Nana )
019-9890468 ( Mohamad )

Rumah Kayu


Beranda Hadapan

Rumah Kayu ini bersaiz 30' x 30'. Dinding daripada , Kayu Meranti Merah dan tiang daripada Kayu Balau. Anggaran harga minimum Rm 140,000 ke atas.

Untuk maklumat lanjut mengenai saiz rumah dan design yang dikehendaki boleh terus menghubungi pihak kami
di 019-9890468 ( En Mohamad Bin Awik ) untuk sebarang maklumat lanjut.

Gazebo 8' x 12'


Gazebo bersaiz 8' x 12' ini berharga
Rm 15,500.00. Kayu tiangnya bersaiz
5'' x 5'' yang menggunakan Kayu Chengal dan Balau, manakala lantainya pula daripada Kayu Merawan. Atapnya
kami menggunakan atap Clay lama.
Gazebo ini dilengkapi dengan kerawang penuh sebagai '' Accessories '' seperti
Panel Masuk, Tangga, Pagar,Pemanis,
Sesiku Keluang, Tunjuk langit,dan Pator di bahagian hadapan dan belakang. Juga boleh ditempah jika pengunjung tidak berminat dengan kerawang yang terlalu penuh.

Ukiran Kayu Chengal



Ukiran Kayu Chengal, di ambil dari Muzium Geylang Serai Singapore.Ukiran ini dibuat oleh Pakatan Juruukir dari Terengganu.Muzium ini telah ditutup,dan pihak kami berjaya memiliki ukiran ini..

Monday, October 3, 2011

Thursday, September 29, 2011

Gazebo 10' x 10'



RM 13,000.00 ( Sekitar Pahang & Kuala Lumpur )

Rostrum Berukir dan Logo


Anjung / Porch




Anjung dan Porch bertingkat..Harga mengikut saiz.Hubungi kami untuk maklumat lanjut 019-9890468 Mohamad

Gazebo 8' x 12'

( Rm 15,000 )





Proses pemasangan dari Staff Kayuma Industry

Wednesday, September 28, 2011

Gazebo 10' x 10'

















Gazebo 10 ' x 10' ( Rm 13000 )

Tiang Kayu Chengal 5'' x 5''
Lantai Kayu Merawan / Kelat
Atap Clay baru
Accessories : Tunjuk Langit, Tebar Layar, Papan Pemanis dan Sesiku Keluang.

Gazebo 10' x 18' ( Full Accessories )



Gazebo bersaiz 10' x 18' ( Full Accessories )
Beharga Rm 28,000. Tempoh Pemasangan di rumah anda 1 hari setengah.Insyaallah jika cuaca mengizinkan..

Friday, July 1, 2011

Pergola


Pergola Kayu Resak,disambung dari bahagian
tepi rumah.

Tuesday, May 31, 2011

Gazebo 10' x 18' ( Half Accessories )


Pandangan Sisi
Bahagian hadapan
Gazebo ini kami pasang di Seri Jalur Permatang, Klebang Besar Melaka. mengambil masa kira-kira 1 hari setengah pemasangan.
Tiangnya juga dari kayu chengal lama bersaiz 5'' x 5'',lantainya kayu merawan dan atap kami gunakan Clay ( tanah liat ) lama. Harganya adalah Rm 26,000.00. Accessories yang digunakan pada teratak ini adalah seperti tunjuk langit, pemanis ( bunga langkasuka ),siku keluang, , panel muka masuk, dan panel kerawang di bahagian belakang.Untuk harga Full accessories pula ialah Rm 28,000.00 ( Harga bergantung kepada harga kayu semasa )

Gazebo 9' x 7'




Gazebo bersaiz 9' x 7'
Tiangnya daripada kayu chengal lama bersaiz 5'' x 5'',
manakala lantainya pula dari kayu merawan. atap yang digunakan juga daripada atap tanah liat lama. Dilengkapi dengan Kerawang Pagar L Shape ( 2 bahagian ) tebar layar kerawang, pemanis ( fascia board ) di kiri dan kanan. Dihiasi juga dengan 2 pasang tunjuk langit dan kayu silang ( lattice ) di sekeliling..Untuk saiz ini harganya adalah Rm 10,500.

Tuesday, May 24, 2011

Almari Antik Kayu Chengal & Balau





'' Tuan punya Almari"
Dato' Seri Utama Rais Yatim

Lampu Hiasan


Cahaya yang keluar dari lubang- lubang kayu ini amat menarik sekali mengikut corak lubang pada kayu.
harga untuk sdepasang lampu ini adalah Rm 1000.00,juga dari Kayu Balau

Meja Konsul



Meja Konsul Kayu Balau, beharga Rm 2500.
Panjangnya 6' dan ketinggian 31''. Mempunyai 3 laci di tengah-tengah.

Monday, May 23, 2011

Ukiran Bunga Keladi

Buaian

Buaian yang di perbuat daripada kayu balau..atapnya pula dari polycarbonat.Saiz keseluruhan adalah 6' panjang,manakala untuk tempat duduk panjangnya adalah 5'.Kebiasaannya berharga Rm 1600, untuk Kayu balau,harga bergantung pada jenis kayu yang digunakan.

Meja



Meja Kayu Balau ini dibeli hanya untuk diisi Bunga Orkid sahaja..

Kayu ini telah dimakan oleh sejenis kumbang yang di panggil Ambrosia semasa keadaan pokoknya masih hidup.Tetapi apabila pokoknya sudah mati tiada serangga yang mampu untuk memamahnya sudah terlalu keras..

Tangga Kayu